Memaparkan catatan dengan label HAK CIPTA PSSPGM SRI PANTAI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HAK CIPTA PSSPGM SRI PANTAI. Papar semua catatan

Isnin, 12 Disember 2011

              Persembahan tari pembukaan oleh abang maki.
                                  Ganbar beramai-ramai ahli psspgm sri pantai selepas persembahan.

Adat Perlimau

  Seni Silat Pusaka Gayong adalah bersendikan adat.Jadi setiap mereka yang ingin menjadi ahli haruslah pula menjalani mandi perlinau adat iaitu bagi memenuhi syarat penerimaan sebagai anak murid Gayong.Disamping itu juga setiap bakal murid yang akan menjalani upacara mandi adat ini perlulah pula menyediakan mas kawin yang berupa sedikit bayaran.
    Didalam PSSPGM sendiri,kebanyakan daripada alatan atau barangan untuk adat perlimau telah dikurangkan bagi mengelakkan apa jua penyelewengan,sangkaan dan tanggapan buruk masyarakat pada akidah pesilat itu sendiri sehingga menyebabkan mereka segan menjauhi diri atau tidak berminat menyertai silat.
    Adat-istiadat yang perlu ditempuhi oleh setiap pelatih ialah seperti Mandi Tapak bagi pelatih lelaki dan Mandi Seni bagi pelatih wanita.Mas kawin yang dikenakan adalah seperti berikut;


*Mandi Tapak-Rm11.50
*Mandi Seni-Rm21.50

Isnin, 5 Disember 2011

Apa yang ada dalam lambang Pusaka Gayong..

LAMBANG PSSPGM ADALAH SEPERTI BERIKUT;
  • TALI CINDAI MELILIT LEMBING
  • LEMBING BERSILANG
  • KEPALA SINGA
  • KERIS BERSILANG
  • PETA DUNIA
  • PEDANG ZULFAKAR
  • NAGA
  • BULAN SABIT
  • BINTANG LIMA
  • BENGKUNG TERTINGGI 7 CULA