- Seni Gayung Fatani
- Silat Gayong Malaysia
- Silat Gayung, Kuntau Jawa dan Tomoi
- Silat Gayung Asli
- Silat Gayung Lima
- Silat Gayung Tujuh
- Silat Gayung Cekak Sendeng
- Silat Gayung Gerak Serentak
- Silat Gayung Ghaib
- Silat Gayong Ghaib Ghadiwat Panca Purba Gerakan Sembilan
- Silat Gayong Ghaib Nusantara
- Silat Gayung Harimau
- Silat Gayong Harimau Hitam
- Silat Gayong Helang Merah
- Silat Gayong Jati
- Silat Gayung Karomah
- Silat Gayong Kedah
- Silat Gayung Khalifah
- Silat Gayung Laksamana
- Silat Gayong Lian
- Silat Gayong Maarifat
- Silat Gayung Lincah
- Silat Gayungman Asli
- Silat Gayungman Kedah
- Silat Gayung Pancaindera
- Silat Gayung Panca Indera Sembilan
- Silat Gayung Pancasila
- Silat Gayung Panglima Ahmad
- Silat Gayong Pusaka
- Silat Gayung Penggerak[1]
- Silat Gayung Semarang
- Silat Gayung Sembilan
- Silat Gayong Seni Bunga
- Silat Gayong Siam
- Silat Gayong Singa Berantai Malaysia
- Silat Gayung Tok Janggut
- Silat Pusaka Gayong
- Silat Gayongman Gerak Satu
- Silat Gayong Sri Fatani
- Silat Sri Gayong Panglima Ulung]
- Silat Gayong Sri Gemuruh
- Silat Gayong Tunggal
- Silat Gayung Zahir Sembilan
- Silat Seni Gayong Malaysia
- Pancasila Seni Silat Gayong Pongok
- Silat Pancasila Gayong Harimau
- Silat Penyatauan Gerak Seni Gayong Sentuhan
- Silat Pusaka Gayong Panglima
- Silat Gayung Umar Umaiyah
seni silat pusaka gayong seri pantai
Isnin, 12 Disember 2011
Silat;silat yang menggunakan nama Gayong
sejarah gayong
GAYONG DITANAH MELAYU
Silat
Seni Gayong dikatakan telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka
lagi, iaitu sewaktu pemerintahan Sultan Mansor Syah. Selepas kejatuhan
Melaka ke tangan Feringgi(Portugis) pada tahun 1511, hulubalang Melaka
yang diketuai oleh Tun Biajid(anak Laksamana Hang Tuah) telah berundur
ke dalam hutan dan seterusnya melakukan serangan gerila terhadap
angkatan Portugis. Ilmu Silat Seni Gayong inilah yang telah digunakan
oleh Tun Biajid dan orang-orangnya ketika menentang Portugis. Walaupun
terpaksa berundur ke dalam hutan, hulubalang-hulubalang Melaka ini masih
mampu menyusun suatu barisan penggempur (boleh disamakan dengan gerakan
gerila) yang berpegang kepada tekad iaitu "berimau-rimau, berimba-rimba
dan bergayong".
Disebabkan
kedudukan Portugis terlalu kuat ketika itu, Tun Biajid dan
orang-orangnya terpaksa berundur hinggalah ke negeri Pahang, untuk
mencari perlindungan. Di Pahang, ilmu Silat Seni Gayong ini terus hidup
diwarisi oleh generasi demi generasi sehinggalah sampai ke tangan Tuan
Syed Zainal Al-Attas, iaitu seorang hulubalang Pahang yang hidup sezaman
dengan Dato' Bahaman dan Mat Kilau.
Ada
suatu kisah yang menceritakan bahawa pada zaman pemerintahan Portugis
di Melaka, telah diadakan majlis keramaian tiap-tiap tahun yang dihadiri
oleh segenap lapisan masyarakat. Pemerintah Portugis telah mengadakan
suatu pertandingan seni persembahan budaya masyarakat setempat dan
memberikan ganjaran yang besar kepada pemenangnya. Dalam kategori
persembahan silat, pesilat yang menunjukkan persembahan yang dianggap
membahayakan telah dikumpulkan setempat dan diasingkan daripada pesilat
yang mempersembahkan silat pulut yang diiringi oleh bunyi-bunyian
seperti gendang. Pesilat-pesilat yang membawakan silat yang berbahaya
ini telah ditangkap secara sulit lalu dirantai dan dibawa ke tengah laut
dengan perahu untuk dibunuh, kerana pemerintah Portugis bimbang bahawa
mereka boleh mengancam kedudukan Portugis di bumi Melaka. Ketika berada
di tengah laut, dengan izin Allah dan berkat ilmu Silat Seni Gayong,
rantai yang mengikat hulubalang-hulubalang Melaka itu telah berjaya
diputuskan, dan hulubalang-hulubalang Melaka ini telah melawan dan
berjaya menumpaskan pengawal Portugis yang mengawal mereka. Oleh kerana
bimbangkan keselamatan diri mereka ekoran daripada peristiwa itu,
hulubalang Melaka ini telah mengambil keputusan untuk belayar ke
merata-rata gugusan kepulauan Melayu untuk mencari perlindungan.
Sesetengah daripada hulubalang Melaka ini telah mendarat di Makasar lalu
menetap di situ. Di Makasar ini, ilmu Silat Seni Gayong telah
berkembang dengan meluas, terutamanya di kalangan bangsawan Bugis.
Orang-orang Bugis inilah yang bertanggungjawab menghidupkan semula
kesenian lama ini di Tanah Melayu.
Ada
suatu riwayat yang masyhur berkenaan tujuh orang anak raja tanah Bugis
yang sangat-sangat ditakuti dan dihormati di seluruh Makasar, Riau, Siak
dan juga pulau-pulau yang berhampiran, kerana kegagahan dan keperkasaan
mereka yang tiada tolok bandingnya ketika itu. Mereka telah belayar
meninggalkan tanah Bugis dan menjelajah ke serata kepulauan Melayu untuk
mencari kawasan penempatan yang baru. Salah seorang dari putera Bugis
itu ialah Almarhum Daeng Kuning atau lebih dikenali sebagai Panglima
Hitam. Daeng Kuning ialah moyang kepada Dato' Meor Abdul Rahman,
Mahaguru Silat Seni Gayong. Syed Zainal mempelajari ilmu SilaAdat Perlimau
Seni Silat Pusaka Gayong adalah bersendikan adat.Jadi setiap mereka yang ingin menjadi ahli haruslah pula menjalani mandi perlinau adat iaitu bagi memenuhi syarat penerimaan sebagai anak murid Gayong.Disamping itu juga setiap bakal murid yang akan menjalani upacara mandi adat ini perlulah pula menyediakan mas kawin yang berupa sedikit bayaran.
Didalam PSSPGM sendiri,kebanyakan daripada alatan atau barangan untuk adat perlimau telah dikurangkan bagi mengelakkan apa jua penyelewengan,sangkaan dan tanggapan buruk masyarakat pada akidah pesilat itu sendiri sehingga menyebabkan mereka segan menjauhi diri atau tidak berminat menyertai silat.
Adat-istiadat yang perlu ditempuhi oleh setiap pelatih ialah seperti Mandi Tapak bagi pelatih lelaki dan Mandi Seni bagi pelatih wanita.Mas kawin yang dikenakan adalah seperti berikut;
*Mandi Tapak-Rm11.50
*Mandi Seni-Rm21.50
Didalam PSSPGM sendiri,kebanyakan daripada alatan atau barangan untuk adat perlimau telah dikurangkan bagi mengelakkan apa jua penyelewengan,sangkaan dan tanggapan buruk masyarakat pada akidah pesilat itu sendiri sehingga menyebabkan mereka segan menjauhi diri atau tidak berminat menyertai silat.
Adat-istiadat yang perlu ditempuhi oleh setiap pelatih ialah seperti Mandi Tapak bagi pelatih lelaki dan Mandi Seni bagi pelatih wanita.Mas kawin yang dikenakan adalah seperti berikut;
*Mandi Tapak-Rm11.50
*Mandi Seni-Rm21.50
Selasa, 6 Disember 2011
mengenal tahap ahli mengikut bengkong
BENGKONG-BENGKONG DIDALAM SENI SILAT
PUSAKA GAYONG
Bengkong putih jalur hijau
Bengkong merah jalur kuning
PUSAKA GAYONG
Bengkong putih jalur hijau
- Pemain yang boleh bermain tapak Pusaka Gayong peringkat pertama.Ertinya kebersihan dan kesucian diri.
- Pemain yang boleh bermain Seni Pusaka Gayong peringkat kedua.Ertinya taat pada agama islam.
Bengkong merah jalur kuning
- Pemain yang boleh bermain Seni Keris Pusaka Gayong peringkat ketiga(bermain senjata).Ertinya asal kejadian manusia dari seketul darah merah,berani dan kepahlawanan.
- Pemain yang boleh bermain Seni Yoi dan Seni simbat peringkat keempat.Ertinya kebesaran,kedaulatan,dan taat setai kepada raja.
- Pelatih yang boleh bermain Seni Pusaka Cindai dan Belian serta keseluruhan permainan Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia ini.Ertinya bayangan diri sendiri iaitubtiada perbezaan antara sesama manusia.
Isnin, 5 Disember 2011
Apa yang ada dalam lambang Pusaka Gayong..
LAMBANG PSSPGM ADALAH SEPERTI BERIKUT;
- TALI CINDAI MELILIT LEMBING
- LEMBING BERSILANG
- KEPALA SINGA
- KERIS BERSILANG
- PETA DUNIA
- PEDANG ZULFAKAR
- NAGA
- BULAN SABIT
- BINTANG LIMA
- BENGKUNG TERTINGGI 7 CULA
Langgan:
Catatan (Atom)