Selasa, 6 Disember 2011

mengenal tahap ahli mengikut bengkong

       BENGKONG-BENGKONG DIDALAM SENI SILAT
                                        PUSAKA GAYONG



Bengkong putih jalur hijau
  • Pemain yang boleh bermain tapak Pusaka Gayong peringkat pertama.Ertinya kebersihan dan kesucian diri.
Bengkong hijau jalur merah.
  • Pemain yang boleh bermain Seni Pusaka Gayong peringkat kedua.Ertinya taat pada agama islam.

Bengkong merah jalur kuning

  • Pemain yang boleh bermain Seni Keris Pusaka Gayong peringkat ketiga(bermain senjata).Ertinya asal kejadian manusia dari seketul darah merah,berani dan kepahlawanan.
Bengkong kuning jalur hitam

  • Pemain yang boleh bermain Seni Yoi dan Seni simbat peringkat keempat.Ertinya kebesaran,kedaulatan,dan taat setai kepada raja.
Bengkong hitam jalur kuning


  • Pelatih yang boleh bermain Seni Pusaka Cindai dan Belian serta keseluruhan permainan Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia ini.Ertinya bayangan diri sendiri iaitubtiada perbezaan antara sesama manusia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan