Isnin, 12 Disember 2011

Silat;silat yang menggunakan nama Gayong

  1. Seni Gayung Fatani
  2. Silat Gayong Malaysia
  3. Silat Gayung, Kuntau Jawa dan Tomoi
  4. Silat Gayung Asli
  5. Silat Gayung Lima
  6. Silat Gayung Tujuh
  7. Silat Gayung Cekak Sendeng
  8. Silat Gayung Gerak Serentak
  9. Silat Gayung Ghaib
  10. Silat Gayong Ghaib Ghadiwat Panca Purba Gerakan Sembilan
  11. Silat Gayong Ghaib Nusantara
  12. Silat Gayung Harimau
  13. Silat Gayong Harimau Hitam
  14. Silat Gayong Helang Merah
  15. Silat Gayong Jati
  16. Silat Gayung Karomah
  17. Silat Gayong Kedah
  18. Silat Gayung Khalifah
  19. Silat Gayung Laksamana
  20. Silat Gayong Lian
  21. Silat Gayong Maarifat
  22. Silat Gayung Lincah
  23. Silat Gayungman Asli
  24. Silat Gayungman Kedah
  25. Silat Gayung Pancaindera
  26. Silat Gayung Panca Indera Sembilan
  27. Silat Gayung Pancasila
  28. Silat Gayung Panglima Ahmad
  29. Silat Gayong Pusaka
  30. Silat Gayung Penggerak[1]
  31. Silat Gayung Semarang
  32. Silat Gayung Sembilan
  33. Silat Gayong Seni Bunga
  34. Silat Gayong Siam
  35. Silat Gayong Singa Berantai Malaysia
  36. Silat Gayung Tok Janggut
  37. Silat Pusaka Gayong
  38. Silat Gayongman Gerak Satu
  39. Silat Gayong Sri Fatani
  40. Silat Sri Gayong Panglima Ulung]
  41. Silat Gayong Sri Gemuruh
  42. Silat Gayong Tunggal
  43. Silat Gayung Zahir Sembilan
  44. Silat Seni Gayong Malaysia
  45. Pancasila Seni Silat Gayong Pongok
  46. Silat Pancasila Gayong Harimau
  47. Silat Penyatauan Gerak Seni Gayong Sentuhan
  48. Silat Pusaka Gayong Panglima
  49. Silat Gayung Umar Umaiyah

sejarah gayong

GAYONG DITANAH MELAYU

Silat Seni Gayong dikatakan telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, iaitu sewaktu pemerintahan Sultan Mansor Syah. Selepas kejatuhan Melaka ke tangan Feringgi(Portugis) pada tahun 1511, hulubalang Melaka yang diketuai oleh Tun Biajid(anak Laksamana Hang Tuah) telah berundur ke dalam hutan dan seterusnya melakukan serangan gerila terhadap angkatan Portugis. Ilmu Silat Seni Gayong inilah yang telah digunakan oleh Tun Biajid dan orang-orangnya ketika menentang Portugis. Walaupun terpaksa berundur ke dalam hutan, hulubalang-hulubalang Melaka ini masih mampu menyusun suatu barisan penggempur (boleh disamakan dengan gerakan gerila) yang berpegang kepada tekad iaitu "berimau-rimau, berimba-rimba dan bergayong".
Disebabkan kedudukan Portugis terlalu kuat ketika itu, Tun Biajid dan orang-orangnya terpaksa berundur hinggalah ke negeri Pahang, untuk mencari perlindungan. Di Pahang, ilmu Silat Seni Gayong ini terus hidup diwarisi oleh generasi demi generasi sehinggalah sampai ke tangan Tuan Syed Zainal Al-Attas, iaitu seorang hulubalang Pahang yang hidup sezaman dengan Dato' Bahaman dan Mat Kilau.
Ada suatu kisah yang menceritakan bahawa pada zaman pemerintahan Portugis di Melaka, telah diadakan majlis keramaian tiap-tiap tahun yang dihadiri oleh segenap lapisan masyarakat. Pemerintah Portugis telah mengadakan suatu pertandingan seni persembahan budaya masyarakat setempat dan memberikan ganjaran yang besar kepada pemenangnya. Dalam kategori persembahan silat, pesilat yang menunjukkan persembahan yang dianggap membahayakan telah dikumpulkan setempat dan diasingkan daripada pesilat yang mempersembahkan silat pulut yang diiringi oleh bunyi-bunyian seperti gendang. Pesilat-pesilat yang membawakan silat yang berbahaya ini telah ditangkap secara sulit lalu dirantai dan dibawa ke tengah laut dengan perahu untuk dibunuh, kerana pemerintah Portugis bimbang bahawa mereka boleh mengancam kedudukan Portugis di bumi Melaka. Ketika berada di tengah laut, dengan izin Allah dan berkat ilmu Silat Seni Gayong, rantai yang mengikat hulubalang-hulubalang Melaka itu telah berjaya diputuskan, dan hulubalang-hulubalang Melaka ini telah melawan dan berjaya menumpaskan pengawal Portugis yang mengawal mereka. Oleh kerana bimbangkan keselamatan diri mereka ekoran daripada peristiwa itu, hulubalang Melaka ini telah mengambil keputusan untuk belayar ke merata-rata gugusan kepulauan Melayu untuk mencari perlindungan. Sesetengah daripada hulubalang Melaka ini telah mendarat di Makasar lalu menetap di situ. Di Makasar ini, ilmu Silat Seni Gayong telah berkembang dengan meluas, terutamanya di kalangan bangsawan Bugis. Orang-orang Bugis inilah yang bertanggungjawab menghidupkan semula kesenian lama ini di Tanah Melayu.
Ada suatu riwayat yang masyhur berkenaan tujuh orang anak raja tanah Bugis yang sangat-sangat ditakuti dan dihormati di seluruh Makasar, Riau, Siak dan juga pulau-pulau yang berhampiran, kerana kegagahan dan keperkasaan mereka yang tiada tolok bandingnya ketika itu. Mereka telah belayar meninggalkan tanah Bugis dan menjelajah ke serata kepulauan Melayu untuk mencari kawasan penempatan yang baru. Salah seorang dari putera Bugis itu ialah Almarhum Daeng Kuning atau lebih dikenali sebagai Panglima Hitam. Daeng Kuning ialah moyang kepada Dato' Meor Abdul Rahman, Mahaguru Silat Seni Gayong. Syed Zainal mempelajari ilmu Sila
              Persembahan tari pembukaan oleh abang maki.
                                  Ganbar beramai-ramai ahli psspgm sri pantai selepas persembahan.

Adat Perlimau

  Seni Silat Pusaka Gayong adalah bersendikan adat.Jadi setiap mereka yang ingin menjadi ahli haruslah pula menjalani mandi perlinau adat iaitu bagi memenuhi syarat penerimaan sebagai anak murid Gayong.Disamping itu juga setiap bakal murid yang akan menjalani upacara mandi adat ini perlulah pula menyediakan mas kawin yang berupa sedikit bayaran.
    Didalam PSSPGM sendiri,kebanyakan daripada alatan atau barangan untuk adat perlimau telah dikurangkan bagi mengelakkan apa jua penyelewengan,sangkaan dan tanggapan buruk masyarakat pada akidah pesilat itu sendiri sehingga menyebabkan mereka segan menjauhi diri atau tidak berminat menyertai silat.
    Adat-istiadat yang perlu ditempuhi oleh setiap pelatih ialah seperti Mandi Tapak bagi pelatih lelaki dan Mandi Seni bagi pelatih wanita.Mas kawin yang dikenakan adalah seperti berikut;


*Mandi Tapak-Rm11.50
*Mandi Seni-Rm21.50

Selasa, 6 Disember 2011

mengenal tahap ahli mengikut bengkong

       BENGKONG-BENGKONG DIDALAM SENI SILAT
                                        PUSAKA GAYONG



Bengkong putih jalur hijau
  • Pemain yang boleh bermain tapak Pusaka Gayong peringkat pertama.Ertinya kebersihan dan kesucian diri.
Bengkong hijau jalur merah.
  • Pemain yang boleh bermain Seni Pusaka Gayong peringkat kedua.Ertinya taat pada agama islam.

Bengkong merah jalur kuning

  • Pemain yang boleh bermain Seni Keris Pusaka Gayong peringkat ketiga(bermain senjata).Ertinya asal kejadian manusia dari seketul darah merah,berani dan kepahlawanan.
Bengkong kuning jalur hitam

  • Pemain yang boleh bermain Seni Yoi dan Seni simbat peringkat keempat.Ertinya kebesaran,kedaulatan,dan taat setai kepada raja.
Bengkong hitam jalur kuning


  • Pelatih yang boleh bermain Seni Pusaka Cindai dan Belian serta keseluruhan permainan Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia ini.Ertinya bayangan diri sendiri iaitubtiada perbezaan antara sesama manusia.

Isnin, 5 Disember 2011

Apa yang ada dalam lambang Pusaka Gayong..

LAMBANG PSSPGM ADALAH SEPERTI BERIKUT;
  • TALI CINDAI MELILIT LEMBING
  • LEMBING BERSILANG
  • KEPALA SINGA
  • KERIS BERSILANG
  • PETA DUNIA
  • PEDANG ZULFAKAR
  • NAGA
  • BULAN SABIT
  • BINTANG LIMA
  • BENGKUNG TERTINGGI 7 CULA